Lelaki Warga Pakistan Didakwa Miliki Wang Palsu

Diterbitkan: Khamis, 4 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memiliki wang palsu, bulan lepas.

Nasir Mahmood Jan Muhammad, 42, didakwa memiliki 3,100 keping wang kertas palsu Rupees India 1,000 dan 180 keping wang kertas palsu Rupees India 500 untuk digunakan sebagai tulen di sebuah hotel di Jalan Pahang di sini pada 3.15 petang 14 Mac lepas.

Dia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu didakwa mengikut Seksyen 489c Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim, Che Mohamad Zulkifly Jusoh tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tertuduh adalah warga asing dan menetapkan 3 Mei untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan