Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Senator

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Rabu menolak rayuan bekas senator Datuk Muhammad Abdul Ghani terhadap New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan seorang editor bagi memfitnah 10 tahun lepas.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Ramly Ali berkata, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang betul.

"Kami tidak memihak kepada perayu (Muhammad) dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan," katanya.

Mahkamah membuat keputusan itu tanpa mendengar hujahan peguam Nad Segaram yang mewakili penerbit NSTP dan editor Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee.

Ramly, yang bersidang bersama-sama Hakim, Datuk Mohtarudin Baki dan Hakim, Datuk David Wong Dak Wah, juga memerintahkan Muhammad membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada para responden.

Muhammad, yang merupakan presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang dilantik, menyaman NSTP dan Ahmad Rejal berhubung artikel diterbitkan dalam Berita Minggu bertarikh 27 April, 2003 bertajuk "BPR siasat salahguna kuasa pemimpin PBTM) yang disunting oleh Ahmad Rejal.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata artikel itu bermaksud yang beliau seorang yang tidak amanah, tidak bermoral, tidak boleh dipercayai, penipu dan rasuah.

Beliau berkata, artikel itu memberikan tanggapan kepada pembaca yang beliau tidak layak memegang jawatan awam itu.

Muhammad, yang diwakili peguam Hassanudin Putih dan peguam Datuk Shamsul Bahrain, memohon ganti rugi tanpa menetapkan amaunnya.

Hakim, Mahkamah Tinggi Datuk Noor Azian Shaari pada 15 Oktober 2010 menolak saman Muhammad. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan