Lelaki Didakwa Guna Sijil Palsu Minta Kerja di KWSP

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kerani sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk menipu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mendapatkan pekerjaan pada 29 Ogos tahun lepas.

S. Thilakkumar, 30, didakwa menggunakan sijil Ijazah Sarjana Muda Perundangan daripada Universiti Multimedia untuk mendapat jawatan pegawai undang-undang di pejabat KWSP di Jalan Raja Laut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir menawarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, namun Thilakkumar yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan kerana dia penanggung tunggal keluarganya.

Dalam rayuannya dia berkata hanya berpendapatan RM900 sebulan, isteri tidak bekerja dan mempunyai seorang anak berusia setahun serta menanggung ibunya yang berusia 64 tahun.

Majistret Zuraini Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes. Di PETALING JAYA, gara-gara mencuri wang RM110 milik majikannya, seorang ibu kepada lima anak dihukum penjara sehari dan denda RM300 atau tiga hari penjara oleh Mahkamah Majistret pada Selasa.

Majistret K B Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Esther, 27, pekerja di sebuah kedai selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri wang tunai milik kedai itu.

Esther, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kedai berkenaan di Summit USJ 1, Subang Jaya pada 4 petang, 5 Mac lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, wanita itu memohon hukuman ringan kerana tidak mempunyai wang dan mempunyai tanggungan lima anak tetapi Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Di mahkamah sama, seorang lelaki mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengugut seorang peniaga wanita dengan cara menakutkan mangsa iaitu untuk menembaknya.

K. Rajini, 32, didakwa mengugut Tarvinder Kaur, 25, di Goa Club, Jalan Patin 8/7, Seksyen 8 di sini pada 3.30 pagi, 28 Mac lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Elena membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mei untuk sebutan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan