Ahli Perniagaan Shazryl Berhak Dapat Komisen RM20 Juta

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu memutuskan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhak menerima RM20 juta sebagai bayaran komisen daripada sebuah syarikat dan pengarah eksekutifnya bagi khidmatnya dalam pemerolehan projek jambatan bengkok di Johor Baru.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Ramly Ali berkata berdasarkan tafsiran pada surat akujanji, amaun itu perlu dibayar bagi khidmat diberikan.

Beliau berkaya Eskay telah menyelesaikan tugasnya dan persoalan projek itu dibatalkan, tidak timbul.

Hakim Ramly berkata amaun yang perlu dibayar itu bukan atas syarat projek itu mesti siap.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim Datuk David Wong Dak Wah, sebulat suara membenarkan rayuan Eskay untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei 2011 yang menolak saman sivil beliau terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya Datuk Yahya Abdul Jalil.

Hakim Ramly juga memerintahkan responden iaitu Merong Mahawangsa dan Yahya membayar RM20,000 sebagai kos perundangan kepada Eskay bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusan pada 5 Mei, 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham memutuskan tuntutan Eskay tidak lagi sah kerana projek jambatan yang dicadangkan itu tidak lagi wujud.

Hakim Singham berkata Eskay tidak berhak kepada bayaran itu kerana projek itu telah dibatalkan.

Projek Malaysia-Singapore International Gateway bagi menggantikan Tambak Johor-Singapura (dikenali jambatan bengkok) dibatalkan oleh kerajaan pada 12 April, 2006 walaupun kerja awal telah dilaksanakan.

Kerajaan telah membayar pampasan RM155 juta kepada Merong Mahawangsa bagi pembatalan projek itu.

Eskay, yang merupakan seorang daripada anggota trio 'Datuk T' yang mendedahkan video seks didakwa membabitkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur, memfailkan saman itu pada 2002 mendakwa Yahya pada 1998 telah meminta pertolongannya mendapatkan projek itu daripada kerajaan dan bagi mendapatkan pembiayaan asing bagi projek RM640 juta itu.

Beliau mendakwa Yahya mendapatkan pertolongannya itu berikutan hubungan baik beliau dengan kerajaan.

Eskay juga mendakwa Yahya telah mencadangkan RM20 juta sebagai ganjaran bagi perkhidmatannya.

Beliau mendakwa pada Februari 1998, beliau berjaya mendapatkan jaminan daripada firma, Charles E. Jay, yang berpangkalan di Alabama, Amerika Syarikat bagi pinjaman RM640 juta, sebagai syarat awal projek itu.

Katanya selepas beliau memperoleh surat jaminan daripada firma itu, beliau telah berjumpa dengan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Mei 1998 untuk membincangkan mengenai projek dicadangkan itu.

Beliau juga mengaturkan perjumpaan antara Yahya dan Anwar.

Yahya, dalam pembelaannya, menafikan telah menggunakan hubungan baik Eskay dengan kerajaan kerana perbuatan itu adalah "melanggar dasar awam dan undang-undang."

Beliau juga menafikan Merong Mahawangsa diberikan projek jambatan itu oleh kerajaan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan