Masa & Tarikh Posting di Blog Tidak Berubah Walaupun Disunting - Saksi

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pensyarah sains komputer memberitahu perbicaraan kes saman anggota Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad terhadap Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman di sini, pada Selasa bahawa tarikh dan masa posting di blog tidak akan berubah walaupun ia disunting atau disiarkan semula.

Ketika dirujuk kepada dua posting sama bertarikh 2 Januari 2010, di mana satu mempunyai gambar 'superimpose' Abdul Khalid dan satu lagi tidak mempunyai gambar 'superimpose' anggota Parlimen Shah Alam itu, Mohd Rosmadi Mokhtar, 36, dari Fakulti Sains Komputer, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata posting yang mengandungi gambar 'superimpose' Abdul Khalid adalah posting yang asal.

"Bagaimana kamu boleh beritahu mahkamah posting mengandungi gambar 'superimpose' Abdul Khalid merupakan posting yang asal," soal peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Hamidah.

"Berdasarkan kepada tarikh yang tertera di alamat URL posting itu," jawab Mohd Rosmadi. "Adakah terdapat kemungkinan dua posting ini disiarkan di blog sama hamidahosman.blogspot.com) pada tarikh dan masa yang sama," soal Hafarizam dan saksi kedua plaintif itu menjawab "tidak".

Perbicaraan itu berlangsung di Mahkamah Tinggi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Hashim Hamzah.

Hamidah adalah juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat, Perak.

Abdul Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor memfailkan saman terhadap Hamidah dua tahun lepas, berhubung penyiaran gambar 'superimpose' beliau yang disiar blog defendan pada Januari 2010.

Penyataan tuntutan Abdul Khalid, yang difail pada 23 Disember 2011, mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

Dalam keterangannya semalam, Abdul Khalid berkata beliau menggunakan www.archive.org untuk mendapatkan artikel berkenaan selepas laman blog defendan tidak aktif. Kepada cadangan oleh Hafarizam, Mohd Rosmadi bersetuju bahawa hamidahosman.blogspot.com adalah blog asal manakala www.archive.org bukan blog asal.

Saksi itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Hafarizam bahawa www.archive.org boleh disunting oleh sesiapa.

Pada pemeriksaan semula oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili plaintif, Mohd Rosmadi berkata www.archive.org tidak boleh disunting kerana ia menggunakan program komputer dipanggil 'web crawlers'.

"Web crawlers ini akan 'crawl' ke laman web berkaitan (blog Hamidah). Program komputer tidak akan melakukan perkara selain diprogramkan dan ia tidak sunting apa-apa," katanya.

"Kamu beritahu artikel mengandungi gambar 'superimpose' Abdul Khalid adalah posting yang asal berdasarkan URL. Apa signifikannya tarikh pada URL itu," soal Mohamed Hanipa.

"Walaupun banyak kali disunting atau disiarkan semula, tarikh dan masa original posting tetap sama dan URL juga akan kekal yang sama.

"Ini untuk membantu pengguna web. Kalau tukar tarikh ia akan timbulkan haru biru kepada pengguna web," jawab Mohd Rosmadi.

Perbicaraan bersambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan