Artikel Saman Malu Khalid Samad Diperoleh Dari Laman Sesawang Lain

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam gambar dan artikel yang didakwa memalukannya diperoleh dari laman sesawang lain, dan bukan dari blog Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman.

Abdul Khalid berkata bahan itu diperoleh dari www.archive.org, sebuah laman sesawang yang menyimpan rekod blog yang dimansuh atau dihilangkan.

Beliau selaku plaintif dan saksi pertama berkata demikian pada perbicaraan kes saman terhadap Hamidah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat, Perak di depan Hakim Datuk Hashim Hamzah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor itu memfailkan saman terhadap Hamidah dua tahun lepas berhubung penyiaran gambar 'superimpose' beliau yang disiar blog defendan pada Januari 2010.

Penyataan tuntutan Abdul Khalid, yang difail pada 23 Dis 2011, mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

Terdahulu, peguam Datuk Hafarizam Harun, yang mewakili defendan, mempersoal keaslian dan sumber laman sesawang digunakan plaintif dalam samannya.

Hafarizam berkata writ saman Abdul Khalid mendakwa artikel memalukan itu tertera di laman sesawang hamidahosman.blogspot.com namun dokumen yang dikemuka kepada mahkamah dalam kes berkenaan diperoleh dari www.archive.org.

Katanya, beliau menggunakan www.archive.org untuk mendapatkan artikel itu selepas laman blog defendan tidak aktif.

Abdul Khalid, yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, berkata artikel itu die-mel oleh seseorang yang menjadi rujukannya dalam soal Internet dan beliau bukanlah pelanggan laman sesawang berkenaan.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan Hafarizam bahawa terdapat perbezaan antara artikel yang diambil dari laman hamidahosman.blogspot.com dan yang diperoleh dari www.archive.org.

Menyentuh artikel yang disiar di laman blognya pada 4 Januari 2010, Abdul Khalid berkata beliau menulis 'adalah diharuskan atau dibolehkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam kerana kalimah itu telah digunakan oleh orang-orang Arab di Mekah sejak zaman jahiliah'.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Hafarizam bahawa artikel itu (kalimah Allah boleh diguna oleh bukan Islam) mendapat bantahan serta komen pembaca blognya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan