Lelaki Nigeria & Wanita Filipina Didakwa Culik Jurutera Jepun

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang jurutera warga Jepun bulan lepas.

Okwara Victor Emeka, 40, dan Kalu Okoro Okeke, 31, masing-masing pelajar dan pembantu rumah Divina Gutierrez Matias, 34, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa di depan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 31 Mei untuk sebutan.

Mereka didakwa menculik Shunsuke Kobayakawa, 50, yang juga kawan kepada Divina dan menahan serta mengurungnya di sebuah bilik di Venice Hill Condo, Bt. 9 Cheras, Kajang untuk wang tebusan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lebuh Pudu berhampiran Submarine Guest House, Dang Wangi di sini pada 11.30 malam 13 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Leonard Anselm Gomes. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan