Penganggur Dipenjara Sehari & Didenda RM1,000 Kerana Halang Polis

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghalang anggota polis daripada menjalankan tugasnya.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin turut memerintahkan Lee Chee Thian, 35, menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Lee didakwa menghalang Lans Koperal Abdullah Wahab, 33, dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar, dengan mengeluarkan kata-kata kesat, di Lebuhraya Sprint dari arah Sri Hartamas ke susur keluar Jalan Duta dan susur Penchala Link, Brickfields di sini pada 2.35 pagi 8 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes semasa Abdullah membawa tertuduh ke Balai polis Jalan Tun H.S. Lee untuk ujian pernafasan, tertuduh telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarozzaman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Di mahkamah sama, seorang peniaga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengugut adik ipar, empat hari lepas.

Mohd Adzhar Abdul Kahar, 38, didakwa mengugut dengan memegang kayu hoki sehingga mendatangkan ketakutan kepada Hisyamuddin Mohamad, 35, seorang peniaga di tepi Jalan Taman Melati 13, Taman Melati, Sentul di sini pada 24 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Shakirah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 April untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sarihan Abdul Shatar. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan