Bekas Penolong Pengarah MPSJ Hadapi 15 Pertuduhan Beri Invois Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas penolong pengarah bahagian khidmat masyarakat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan memberi 15 keping invois yang mempunyai butiran palsu berhubung pembekalan papan tanda dan tong sampah membabitkan nilai keseluruhan RM256,120, dua tahun lepas.

Ahmad Faizal Azhar, 41, dari Putra Heights dekat sini, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M.Bakri Abd Majid.

Tertuduh didakwa memberi 15 invois yang mempunyai butiran palsu dari tujuh buah syarikat dan seorang individu kepada pengarah perancang korporat MPSJ, Hamizun Mohd Basar dan pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ, Hani Salleh mengenai pembekalan 102 papan tanda dan 460 biji tong sampah Zon Bersih JKP Zon 5 yang sebenarnya pembekalan itu tidak berlaku.

Ahmad Faizal didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di pejabat MPSJ dekat sini, pada 7 Jan 2011 dan 30 Dis 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 23 Akta sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa dari SPRM, Mahamad Sukri Abu Seman yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM70,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan, pasportnya diserahkan kepada mahkamah dan Ahmad Faizal perlu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesemua pertuduhan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama penuh semasa siasatan.

Beliau berkata sekiranya jumlah jaminan ditetapkan agak tinggi, anak guamnya akan ditahan di lokap dan ini akan membebankan isteri, empat anak yang masih kecil serta ibunya kerana bapa tertuduh baru sahaja meninggal dunia pada minggu lepas.

Hakim M.Bakri kemudian menetapkan jumlah jaminan RM20,000 bagi kesemua pertuduhan serta seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 10 Jun.

Beliau turut menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai serta memerintahkan Ahmad Faizal melapor diri di pejabat SPRM Selangor setiap sebulan sekali. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan