1,010 Suri Rumah Fail Tuntut Elaun Lebih RM5.8 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 1,010 suri rumah hari ini memfail saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41. Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

"Berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap suri rumah di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama dan plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto itu sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup melalui elaun yang dijanjikan," kata mereka.

Plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan daripada defendan pertama selain daripada kos, bagi setiap 1,010 suri rumah itu, bagi tempoh 58 bulan (1 April 2008 hingga Feb 2013) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah RM5.858 juta.

Mereka turut memohon satu deklarasi bahawa elaun untuk suri rumah yang dijanjikan defendan pertama merangkumi semua golongan suri rumah termasuk plaintif-plaintif di Selangor.

Sementara itu, Penyelaras Program Penyatuan Surirumah Selangor, Datin Reny Rahayu Mohd Ishak berkata pihaknya mengadakan banyak sidang media menuntut menteri besar dan pemimpin di Selangor membayar elaun itu kepada suri rumah, namun tiada sebarang maklum balas daripada mereka.

Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata kumpulan suri rumah yang memfail saman hari ini ialah dari Selayang, Gombak, Ampang, Shah Alam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Sungai Besar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan