Lelaki Nigeria Dipenjara 18 Tahun, 10 Sebatan Miliki 54 Kapsul Dadah

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah memiliki 54 kapsul dadah jenis methamphetamine seberat 389.8 gram yang disorokkan di dalam badannya, tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan tertuduh, Francis Ikenna Nwannochie, 27, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 29 Februari 2012 selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Abdul Alim berkata tertuduh bernasib baik kerana terselamat daripada tali gantung selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan kaunter pemeriksaan kastam, Aras 3, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dekat sini, antara 11 malam pada 29 Februari 2012 dan 6.55 petang pada 2 Mac 2012.

Nwannochie didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan pada 29 Februari 2012 ketika sedang berjalan dalam keadaan mencurigakan berhampiran kaunter pemeriksaan kastam.

Pada 1 Mac 2012, tertuduh dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuhnya dan hasil pemeriksaan x-ray mengesahkan terdapat ketulan benda asing dalam perut tertuduh.

Sejumlah 54 kapsul dadah jenis methamphetamine dikeluarkan daripada badannya selepas dia membuang air besar di tandas hospital.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong sementara tertuduh diwakili peguam L.A. Gomes. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan