Empat Anggota Polis Didakwa Rompak Empat Warga Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merompak dan mengugut empat warga Indonesia dua minggu lepas.

Azrol Yon Chik, Mohammad Hafiz Md Isa, Mohd Khairil Azli Saud dan Rustamad Awang, dari Balai Polis Tropicana, Damansara didakwa merompak wang tunai berjumlah RM500 dan lapan telefon bimbit milik Ernawati, Lilis, Arifhidayattullah dan Hendi Ekwanto di Kampung Sungai Penchala pada 1.30 pagi 12 Mac lepas.

Azrol, Mohammad Hafiz dan Mohd Khairil, masing-masing berusia 27 tahun, manakala Rustamad, 31, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mereka yang berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu juga didakwa mengugut mangsa sebanyak RM3,000 di Balai Polis Tropicana pada 2 pagi hari sama mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Azrol dan Bustamad berdepan satu lagi pertuduhan iaitu mengugut mangsa sebanyak RM500 dalam kereta Perodua Alza di Jalan Penchala Link, Brickfields pada 2.44 pagi hari yang sama.

Hakim Azman Mustapha membenarkan mereka diikat jamin masing-masing RM7,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan iaitu tidak dibenar berkomunikasi dengan mangsa, dan menetapkan 26 April untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Normadiana Mamat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan