Mazlan Aliman Fail Permohonan Batal Saman Azalina

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman pada Rabu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi membatalkan saman yang dikemukakan anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung kenyataan berunsur fitnah.

Permohonan Mazlan menerusi peguam Mohd Harris Al Hajj Abdullah itu disebut di hadapan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli di dalam kamar.

Mazlan dan peguam plaintif, Intan Azlina Mazlan, turut hadir di mahkamah.

Pada 20 Disember lepas, Azalina memfailkan saman terhadap Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang, Kota Tinggi semasa Perhimpunan Hijau 930 di Dataran Sungai Rengit, Pengerang, 30 Sept lepas.

Mazlan dalam ucapannya semasa perhimpunan terbabit mendakwa Azalina mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk memilih Pengerang bagi menjalankan projek Rapid itu. Azalina mendakwa kenyataan Mazlan itu telah mencemarkan reputasinya sebagai anggota Parlimen dan nama baiknya juga telah terdedah kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif menuntut defendan memohon maaf umum selain ganti rugi bagi fitnah termasuk ganti rugi khas melampau dan teladan, injunksi menahan defendan menerbitkan perkataan memfitnah, faedah ke atas ganti rugi serta kos.

Ketika ditemui pemberita, Mohd Haris berkata permohonan bagi membatalkan saman itu dibuat dengan alasan kenyataan defendan pada perhimpunan terbabit tidak berunsurkan fitnah.

"Apa yang dikatakan oleh Mazlan lebih bersifat pujian kepada Azalina sebagai anggota Parlimen yang berjaya membawa pembangunan ke kawasannya dan ia bukan satu fitnah," kata Mohd Harris.

Beliau berkata Abdul Rahman menetapkan 11 April ini untuk hujahan kes. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan