Mahkamah Tinggi Benar Pengerusi, Pengarah Urusan Hospital Penawar Pinda Tuntutan Saman

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membenarkan Pengerusi dan Pengarah Urusan Hospital Penawar Sdn Bhd meminda penyata tuntutan mereka dalam saman yang difailkan terhadap Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd.

Dr Mohd Adnan Sulaiman dan Azizan Sulaiman memohon pindaan terhadap penyata tuntutan mereka dengan meminda jumlah ganti rugi daripada RM115.6 juta kepada RM91.1 juta berdasarkan laporan ganti rugi yang dibuat oleh akauntan bebas yang dilantik.

Permohonan dibuat peguam kedua-dua plaintif, Datuk Muhammad Adam Abdullah di hadapan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli manakala defendan diwakili peguam S.Yogeswary.

Pada 15 Mei lepas, kedua-dua plaintif memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd yang didakwa melanggar satu perjanjian usaha sama pada 30 Mei 1995 apabila plaintif mendapati defendan mengusahakan pembinaan sebuah hospital baharu pada Oktober 2009 iaitu Hospital Pakar Pasir Gudang dalam lingkungan satu kilometer dari Hospital Penawar Sdn Bhd.

Antara lain, perjanjian itu menyebut plaintif pertama, kedua dan Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd yang memegang saham 30 peratus dalam Hospital Penawar Sdn Bhd, bertanggungjawab menggembleng sumber serta kepakaran untuk manfaat bersama.

Penglibatan defendan dalam hospital baharu pada pendapat plaintif-plaintif mampu mengakibatkan beberapa perkara kepada Hospital Penawar Sdn Bhd termasuk pengurangan keuntungan kewangan memandangkan pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan yang sama di hospital baharu; pemindahan tenaga kerja mahir dan separa mahir seperti doktor pakar ke hospital baharu; serta pendedahan rahsia perniagaan Hospital Penawar Sdn Bhd kepada hospital baharu memandangkan wakil defendan merupakan anggota Lembaga Pengarah Hospital Penawar Sdn Bhd.

Dr Mohd Adnan dan Azizan, sehubungan itu, menuntut ganti rugi RM115.6 juta daripada defendan sebagai ganti rugi kerana melanggar perjanjian itu sebelum Hakim Vernon Ong di mahkamah yang sama pada 28 November lepas mengarahkan perbicaraan penuh kes itu ditetapkan hari ini dan esok.

Sementara itu, Datuk Muhammad Adam yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata prosiding perbicaraan kes itu akan menampilkan empat saksi daripada pihak plaintif manakala defendan memanggil lima saksi. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan