Mahkamah Rayuan Ketepi Perintah Tony Pua Bayar RM200,000 Kepada Syabas

Diterbitkan: Rabu, 27 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membayar ganti rugi RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung kenyataan memfitnah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Pua.

Bagaimanapun, tiada alasan penghakiman diberikan.

Panel itu turut mengarahkan Syabas membayar RM50,000 kepada Pua sebagai kos perundangan bagi prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Syabas memfailkan saman itu pada 28 Januari 2011 selepas mendakwa Pua mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap syarikat berkenaan melalui artikel bertajuk 'Tony Pua: Selangor government must have water rights to prevent rate hike' yang disiar edisi Metro akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 16 November 2010.

Pada 6 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu membayar ganti rugi kepada Syabas selepas Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak pembelaan perlindungan bersyarat yang dikemuka Pua.

Beliau turut membenarkan permohonan Syabas bagi satu perintah injunksi untuk menghalang Pua dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap syarikat itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan