Warga Australia Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Edar Dadah

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang warga Australia membela diri terhadap pertuduhan mengedar 167.8 gram dadah jenis methamphetamine, tahun lepas.

Hakim, Kamardin Hasim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Dominic Jude Bird, 33, dari Perth.

Bird didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Old Town Coffee di Jalan Yap Kwan Seng pada kira-kira 41.5 petang pada 1 Mac tahun lepas.

Kamardin menetapkan empat hari mulai 4 Jun untuk pembelaan memanggil saksi mereka.

Kes ini mendapat liputan meluas media Australia dan beberapa anggota keluarga tertuduh dilihat hadir ke mahkamah pada Isnin.

Bird diwakili sekumpulan peguam diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Monica Linsua. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan