Tangguh Bicara: Anwar Diperintah Bayar Kos RM3,000 Kepada Hamzah Zainuddin

Diterbitkan: Isnin, 25 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM3,000 kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin sebagai kos berikutan penangguhan perbicaraan kes saman fitnah RM10 juta.

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas menolak permohonan peguam R.Sivarasa supaya perbicaraan yang sepatutnya bermula hari ini ditangguh kerana Anwar berada di Sabah sejak Ahad.

Sivarasa berkata Anwar, yang merupakan ketua pembangkang, terlibat dalam pelbagai aktiviti untuk menghadapi pilihan raya.

Rosilah kemudian menetapkan 2 Mei untuk perbicaraan.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiar dalam akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk 'Anwar Harassed My Wife'.

Terdahulu, Rosilah menolak permohonan Anwar untuk membawa cakera padat yang didakwa berkaitan kes saman itu kepada pihak forensik sebelum perbicaraan bermula.

Hakim itu berkata, perkara ini boleh dilakukan ketika perbicaraan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan