Rogol: Bekas Pemilik Pusat Asuhan Kekal Bebas

Diterbitkan: Isnin, 25 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang bekas pemilik bersama sebuah pusat asuhan kekal bebas selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya atas tuduh merogol seorang kanak-kanak perempuan pra sekolah berusia empat tahun, kira-kira lima tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali menolak rayuan pihak pendakwa raya secara sebulat suara terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ewe Peng Lip, 50.

Berdasarkan semakan rekod rayuan dan mendengar penghujahan pihak-pihak berkenaan, Apandi berkata panel mendapati terdapat justifikasi fakta dan undang-undang bagi Mahkamah Tinggi memutuskan sabitan Ewe adalah tidak selamat.

"Kami melihat tidak ada alasan untuk mengganggu pendapat Mahkamah Tinggi. Kami mengesahkan keputusan itu," katanya yang bersidang bersama-sama Datuk Linton Albert dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Sept tahun lepas yang mengetepikan hukuman Mahkamah Seksyen yang mensabitkan Ewe dan mengenakan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan.

Ewe didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pusat asuhan berkenaan di Bukit Dumbar, George Town, Pulau PInang antara 8.10 pagi dan 12 tengah hari antara Januari dan April 2008.

a prosiding rayuan, Timbalan Pendakwa Raya, Andi Razalijaya Dadi berkata pihak pendakwaan telah mengemukakan bukti yang menyakinkan untuk mensabitkan Ewe bagi kesalahan itu.

Beliau berkata testimoni kanak-kanak itu bukan fantasi semata-mata dan pakar psikologi telah mendapati mangsa paling berkemungkinan menjadi mangsa penderaan seksual.

Andi kemudian meminta mahkamah menggunakan kuasa sedia ada di bawah Seksyen 60 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk mengurangkan tuduhan kepada pertuduhan mencabul kehormatan.

Bagaimanapun, peguam Ewe, Datuk V. Sithambaram, berhujah bahawa tiga doktor berasingan telah gagal mencari bukti perubatan bagi menyokong keterangan mangsa.

Menurutnya, wujud kesangsian dalam keterangan mangsa yang menyebabkan sabitan terhadap Ewe adalah tidak selamat.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan