Sosma: Tiada Yang Boleh Didakwa - Abdul Gani

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa tiada peruntukan yang membolehkan seseorang itu didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Abdul Gani berkata akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu tidak sama seperti Kanun Keseksaan dan sesetengah pengamal media serta orang awam keliru mengenainya terutama dalam kes melibatkan pencerobohan Lahad Datu.

"Adalah kurang tepat apabila dikatakan tertuduh didakwa di bawah Sosma, saya harap tuan-tuan (media) dapat maklumat ini supaya orang ramai dapat diberikan berita yang tepat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada Khamis.

Sosma merupakan akta yang boleh digunakan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan oleh polis dan ia tidak menetapkan sebarang hukuman seperti Kanun Keseksaan.

Ia memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menahan tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

Mereka boleh ditahan untuk tempoh 24 jam dan sekiranya memerlukan siasatan lanjut, pihak polis boleh melanjutkan tempoh tahanan sehingga 28 hari.

Menerusi akta ini juga, mereka yang ditahan tidak boleh dijamin apabila didakwa di mahkamah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan