Pengurusan Kes Saman RM5 Bilion Pemilik Tanah Terhadap MB Selangor Ditetap 5 april

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 5 April bagi pengurusan kes saman oleh dua pemilik tanah terhadap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut ganti rugi RM5 bilion berhubung pengambilalihan tanah di Mukim Ijok.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas kes berkenaan disebut di depannya.

Peguam B.Thangaraj dan Azad Bashir mewakili pemilik tanah LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd manakala pegawai penasihat undang-undang negeri Selangor Ahmad Fuad Othman mewakili Abdul Khalid dan defendan lain.

Azad memberitahu media mahkamah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Abdul Khalid dan defendan menfailkan pembelaan.

Selain Abdul Khalid, pengarah tanah dan galian Selangor, pendaftar hak milik negeri itu, pentadbir tanah Kuala Selangor serta kerajaan negeri Selangor dinamakan sebagai defendan.

Kedua-dua pemilik, yang juga sebuah syarikat pembangunan tanah, mendakwa defendan tanpa alasan kukuh meneruskan polisi "land grab" bagi mengambil alih tanah yang diberi milikan kepada mereka.

Syarikat itu mendakwa defendan mempunyai pengetahuan penuh bahawa tanah itu telah diberi milik kepada mereka bagi pembangunan bersepadu di kawasan Revolusi Hijau Bukit Cerakah di mukim itu dan juga pembangunan lain seperti bangunan perniagaan termasuk perubatan, rekreasi, sekolah dan asrama. Syarikat itu memohon, antara lain, deklarasi bahawa keputusan defendan untuk mengambil alih tanah berkenaan pada 2011 dan 2012 adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Keseluruhannya, plaintif menuntut ganti rugi berjumlah RM5 bilion bagi kehilangan tanah itu, faedah serta kos. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan