Pemandu Teksi Dihukum Penjara & Sebat Samun Guna Parang

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi dihukum penjara 22 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan menyamun empat wanita bersenjatakan sebilah parang dan pisau.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan kedua dan ketiga terhadap Rosli Yusoff, 43, dan penjara enam tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama dan keempat. Rosli hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun sahaja kerana Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Bagi pertuduhan pertama, Rosli didakwa menyamun Nurashikin Mat Taib, 25, bersenjatakan sebilah parang dengan merampas wang tunai RM500 dan barangan lain, di tepi jalan berhampiran Sunway Opal Damansara, Jalan PJU 3/27, Kota Damansara, di sini pada 8.30 malam, 31 Januari lepas.

Dia juga didakwa menyamun Rafiah A. Majid, 48, bersenjatakan parang dengan merampas barangan milik mangsa antaranya seutas gelang tangan di tepi jalan berhampiran Pangsapuri Carmila, Jalan Sepah Puteri 5/12, Kota Damansara, pada 8.55 malam, 30 Januari lepas.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Rosli didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, Rosli bersama seorang lagi tertuduh Azizi Jaafar, 36, didakwa melakukan rompak berkumpulan bersenjatakan pisau terhadap R. Intan Halimah R. Mohd Jaafar, 34, dengan merampas barangan milik mangsa antaranya sebuah telefon bimbit, di dalam teksi di jalan berhampiran Pangsapuri Carlina, Jalan Sepah Puteri 5/1, Kota Damansara, pada 8.48 pagi, 26 Januari lepas.

Bagi pertuduhan keempat, Rosli dan Azizi juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Wan Sharina Ahmad Tewfik Khalidi, 36, dengan merampas barangan milik mangsa antaranya wang tunai RM2,000, di dalam teksi sama di hadapan Center Point Bandar Utama, Persiaran Bandar Utama, Selangor, pada 9 malam, 21 Januari lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Azizi pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan keempat itu dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan terhadapnya dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap 3 Mac lepas.

Azizi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ketiga dan mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah dan Irna Julieza Maaras, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan