Mahkamah Lulus Permohonan Borders Ketepi Keputusan Jawi Rampas Buku Irshad Manji

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berjaya Books Sdn Bhd, pemilik kedai buku Borders, serta dua pihak lain pada Jumaat berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merampas buku kontroversi karangan Irshad Manji.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof meluluskan permohonan semakan semula kehakiman yang dikemukakan pengurus besar operasi dan perniagaan Borders Stephen Fung Wye Keong dan pengurus stor kedai buku Borders di The Gardens, Mid Valley City, Nik Raina Nik Abdul Aziz.

Zaleha meluluskan permohonan mereka bagi mendapatkan perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan pegawai Jawi menyerbu, menggeledah dan merampas buku karangan Irshad Manji berjudul 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan 'Allah, Liberty and Love' pada 23 Mei tahun lepas di Borders Bookstore, yang terletak di The Gardens Mall di Mid Valley City.

Beliau juga meluluskan permohonan mereka untuk mendapatkan perintah certiorari bagi mengetepikan keputusan menghadapkan Nik Raina ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana mengedar buku berkenaan.

Mahkamah itu turut meluluskan permohonan pemohonan bagi mendapatkan perisytiharan bahawa tindakan Jawi pada 23 Mei itu tidak sah dan terbatal kerana ia dilakukan sebelum Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan sebarang perintah larangan berhubung buku itu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Zaleha berkata ketika Jawi melakukan tindakan itu, buku berkenaan tidak dikenakan perintah larangan dan perintah itu hanya dikeluarkan tiga minggu kemudian.

Pada 25 Jun tahun lepas, pemohon mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar tindakan Jawi merampas buku itu.

Tiga pemohon berkenaan diwakili peguam Rosli Dahlan, manakala Peguam Kanan Persekutuan Effandi Nazila Abdullah mewakili responden Jawi, Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Rosli berkata berikutan keputusan pada Jumaat, ketua pendakwa syariah perlu menggugurkan kes terhadap Nik Raina.

Pada 19 Jun tahun lepas, Nik Raina dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar dan menjual buku berkenaan yang dikatakan bercanggah dengan undang-undang Islam, di Borders Bookstore, The Gardens Mall, antara 8.41 malam dan 9.45 malam 23 Mei.

Perbicaraan kes ini di Mahkamah Syariah tertangguh berikutan permohonan semakan semula kehakiman itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan