Kes Sosilawati: Peguam Tidak Tahu Anak Guam Akan Mengaku Salah

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peguam yang mewakili mekanik K.Sarawanan memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain bahawa beliau tidak tahu anak guamnya akan mengaku salah pada 15 Oktober 2010.

Roslie Sulie, 36, saksi ke-29 pembelaan berkata beliau juga tidak tahu bahawa anak guamnya itu akan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, iaitu melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Beliau berkata demikian semasa disoal balas peguam Manjeet Singh Dillon yang mewakili tertuduh pertama, N.Pathmanabhan.

Manjeet ingin tahu bagaimana Rosli boleh tahu anak guamnya akan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan mengaku salah di Mahkamah Majistret Teluk Datuk di Banting pada 15 Oktober 2010.

Beliau turut mempertikai mitigasi disediakan Rosli yang menyatakan anak guamnya 'mengaku bersalah' di bawah Seksyen 201 seperti tertera dalam keterangan peguam itu kepada pembelaan pada 19 Mac lepas.

Roslie berkata sebelum menyediakan mitigasi untuk Sarawanan, 22, beliau berbincang dengan seorang lagi peguam, M.Puravelan yang mewakili Sarawanan dan U.Suresh, 29, seorang pemandu lori yang turut didakwa menghapuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik itu.

Beliau berkata Puravelan melihat kes itu dan berpendapat antara pertuduhan yang hampir sekali kepada Sarawanan dan Suresh ialah Seksyen 201 atau 302 Kanun Keseksaan. "Saya hanya buat persediaan jika dia mengaku salah (Sarawanan)," katanya sambil menambah bapa Sarawanan memaklumkan anaknya akan didakwa pada 15 Oktober 2010.

Ditanya bilakah beliau menyediakan mitigasi untuk Sarawanan, Rosli berkata pada 14 Oktober.

Manjeet juga bertanya mengapa Rosli mengeluarkan bil RM500 untuk hadir ke mahkamah kepada Muniamah (ibu Suresh) pada 13 Oktober 2010, iaitu lebih awal dari tarikh kedua-dua tertuduh dihadapkan ke mahkamah. Roslie berkata ini kerana beliau berjanji untuk hadir di mahkamah pada 15 Oktober sama ada kedua-dua tertuduh didakwa atau tidak memandangkan tempoh tahanan reman mereka tamat pada tarikh itu.

Peguam itu berkata beliau menyediakan mitigasi standard untuk semua anak guamnya. Roslie juga tidak bersetuju bahawa terdapat konspirasi antara beliau dan pihak polis terhadap Sarawanan dan Suresh dalam pertuduhan pada 15 Oktober 2010 itu seperti yang dibangkitkan Manjeet.

Manjeet turut membangkitkan isu Roslie yang didakwa diberi keistimewaan oleh pihak polis untuk berbincang dengan Suresh dan Sarawanan bagi mewakili mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Oktober 2010.

Di kandang tertuduh ialah peguam N.Pathmanabhan, 44, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 21, R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 32.

Mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38, di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan