Tipu: Datuk Seri Dipenjara 45 Bulan Dengan Tiga Sebatan

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dihukum penjara berjumlah 45 bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan menipu dua petugas syarikat pembinaan membabitkan wang berjumlah RM80,000.

Majistret Nazri Omran menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dengan satu sebatan ke atas Datuk Seri Azraie Jamaludin, 36, bagi setiap pertuduhan setelah dia menukar pengakuan kepada bersalah.

Bagaimanapun, Azraie hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 bulan sahaja kerana mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Azraie didakwa menipu Hazimah Abdul Manan, 59, petugas Syarikat Hongkew Holdings Sdn Bhd dan Eng Poh Hong, 70, pengarah syarikat itu, dengan memperdaya mereka agar mempercayai sekeping surat 'Rayuan untuk mempertimbangkan semula permohonan pinjaman dari Bank Pembangunan Berhad untuk projek Bersepadu Loji Simen, di Gua Musang Kelatan Darul Naim,' pejabat Menteri Kewangan Malaysia sebagai tulen sehingga mendorong mereka menyerahkan wang tunai berjumlah RM15,000 kepada tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Starbuck Lot F3.13 No 3 Jalan SS 16/1 Carrefour Shopping Centre Subang Jaya, pada 4.21 petang, 4 September 2009.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menipu mereka agar mempercayai surat 'Kelulusan bagi permohonan pinjaman dari Bank Pembangunan Berhad' untuk projek sama sebagai tulen sehingga mendorong mereka menyerahkan wang tunai berjumlah RM30,000 di Lobby Hotel Shang Ri La, Putrajaya pada 11 pagi, 10 Ogos 2009.

Bagi pertuduhan ketiga, Azraie didakwa menipu Hazimah agar mempercayai surat rayuan sama sehingga mendorong mangsa memasukkan wang tunai RM35,000 ke akaun milik isterinya, Zakiah Pahmi, untuk diberi kepada tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Jalan Pekeliling pada 5.30 petang 21 Ogos 2009.

Azraie didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi semua pertuduhan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, dan dengan sebat, serta denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan