Tertuduh Perlu Diwakili Peguam Atas Dasar Kemanusiaan & Keadilan - Abdul Gani

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata lapan lelaki Filipina yang didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, Khamis perlu diwakili peguam bagi membela mereka demi keadilan dan atas dasar kemanusiaan.

Abdul Gani berkata disebabkan prinsip itu, beliau memohon mahkamah supaya tidak mencatatkan sebarang pengakuan tertuduh sehingga diwakili peguam masing-masing.

Katanya Jabatan Peguam Negara akan menghubungi kedutaan Filipina esok sekiranya mereka berhasrat melantik peguam bagi pihak warganegaranya.

"Kelapan-lapan mereka telah dituduh tetapi saya meminta supaya hakim tidak mengambil pengakuan sebab sebagai pendakwa raya, saya berpendapat bahawa mereka harus diwakili peguam kerana hukumannya adalah berat. "Kita ada peruntukan di mana bagi dua tertuduh di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan (melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong), ia membenarkan kerajaan melantik peguam untuk mereka, mahkamah akan melantik peguam dan kerajaan akan bayar. "Walaupun tuduhan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (menjadi ahli pengganas) yang dihadapi tertuduh lain tidak membawa hukuman mati, namun saya memberi jaminan kepada mahkamah bahawa saya akan cuba seberapa boleh untuk dapatkan peguam.

"Bukan atas apa tetapi atas prinsip kemanusiaan, seseorang yang dituduh harus mendapat pembelaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Bagi tujuan yang sama, beliau juga telah berbincang dengan Sabah Law Association untuk membantu mendapatkan peguam bagi pihak tertuduh dan pagi semalam, beliau menghubungi Presiden Majlis Peguam Christopher Leong untuk membantu.

"Presiden Majlis Peguam di Kuala Lumpur juga saya hubungi dan mereka pun bersedia untuk membantu apa yang mereka boleh. Namun, Sabah Law Association adalah badan yang bertanggungjawab di Sabah.

"Mereka ada undang-undang, peguam di Semenanjung bukan sewenang-wenangnya dapat masuk untuk praktis di sini. "Tetapi terpulang kepada mereka. Saya akan berbincang dengan mereka. Saya jangkakan mereka akan menyediakan peguam bagi kes ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan