Peguam Negara Yakin Ada Lagi Pendakwaan Suspek Akan Menyusul

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yakin ada beberapa lagi pendakwaan akan dibuat terhadap suspek yang ditahan anggota keselamatan di bawah Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Abdul Gani bagaimanapun berkata beliau tidak boleh menentukan masa dan memberi bilangan suspek yang akan didakwa memandangkan insiden pencerobohan belum berakhir dan pertempuran masih berlaku antara anggota keselamatan dan penceroboh.

Beliau berkata anggota keselamatan memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan mereka sebelum mana-mana suspek yang ditahan boleh dituduh di mahkamah. "Apa yang penting ialah perkara ini masih berlaku. Anggota keselamatan sedang melakukan yang terbaik walaupun dalam situasi begini. Saya faham kesukaran-kesukaran yang dihadapi anggota keselamatan untuk menjalankan siasatan.

"Di lapangan, ketika peluru masih berterbangan, mereka perlu menyiasat menerusi forensik dan sebagainya. Jadi, ini adalah perkara yang kita mesti fahami," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau selepas prosiding pendakwaan di Mahkamah Tawau di sini, Khamis. Abdul Gani berkata memberi masa kepada anggota keselamatan untuk melengkapkan siasatan tidak bermakna mereka berniat melengah-lengahkan kes berkenaan sebaliknya ia dilakukan bagi memastikan keadilan untuk semua.

Katanya, beliau sendiri telah turun padang ke Lahad Datu untuk melihat anggota keselamatan melaksanakan tugas.

Beliau berkata apabila seseorang itu hendak dituduh di mahkamah, ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, tanpa cukup bukti.

"Kadang-kadang dalam kes ini, kita yakin memang dia buat tetapi kita tak cukup bukti, kita tak boleh tuduh. Kena ingat, hak itu sama. Sama juga dengan orang kita, kalau tak cukup bukti, kita tak akan tuduh.

"Tuduh tanpa bukti atau bukti yang berkurangan adalah salah," katanya.

Abdul Gani berkata terdapat juga kes berkaitan pendatang tanpa izin dalam operasi itu dan tindakan akan diambil berasaskan undang-undang negara ini. "Untuk berlaku adil, saya tidak melihat apa-apa bukti mengenai penganiayaan oleh polis semasa mengendalikan kes ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan