Lapan Warga Filipina Dihadapkan Dan Didakwa Lancar Perang Di Mahkamah Tinggi Tawau

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAWALAN KETAT … Anggota polis membawa keluar salah seorang daripada lapan pengganas ke dalam trak polis selepas dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis atas kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli dalam kumpulan pengganas. -fotoBERNAMA
KAWALAN KETAT … Anggota polis membawa keluar salah seorang daripada lapan pengganas ke dalam trak polis selepas dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis atas kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli dalam kumpulan pengganas. -fotoBERNAMA

TAWAU: Lapan warga Filipina yang berdepan dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas, pada Khamis didakwa di Mahkamah Tinggi di sini.

Pada Rabu, kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Hakim P.Ravinthran.

Mereka dikawal ketat sepanjang prosiding dan tujuh daripada mereka dipakaikan 'straight jacket' berwarna putih.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 dan 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua menjadi ahli kumpulan pengganas, mereka didakwa di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan dibantu Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Mahkamah menetapkan 12 April untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan perbincangan peguam negara untuk melantik peguam bagi tertuduh, sama ada dilantik oleh Majlis Peguam, kerajaan Filipina ataupun tertuduh sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan