PKFZ: Harga Tanah RM25 SKP Tidak Termasuk Faedah - Akauntan Berkanun

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang akauntan berkanun pada Rabu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa harga RM25 sekaki persegi (skp) bagi pembelian tanah berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah tidak termasuk kadar faedah 7.5 peratus.

Sajjad Ahmad Akhtar berkata kadar faedah itu dicerminkan dalam perjanjian jual beli antara Kuala Dimesi Sdn Bhd (KDSB) dan Kementerian Kewangan pada 12 November 2002.

Pada pemeriksaan utama oleh peguam Yeoh Choo Kheong yang mewakili bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, Sajjad yang berpangkalan di Singapura berkata kadar faedah itu adalah berasaskan pelan pembayaran tertunda yang dinyatakan dalam surat seperti saranan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan.

Saksi keenam pembelaan itu berkata perjanjian jual beli dengan jelas menyatakan bahawa kadar 7.5 peratus tambahan setahun berkenaan terpaksa ditambah ke atas nilai tanah RM25 skp bagi mendapat nilai khas RM21 skp yang ditentukan JPPH.

"Malah saksi pendakwaan, bekas Timbalan Ketua Pengarah JPPH Datuk Usillappan yang membuat kiraan itu bersetuju bahawa nilai RM25 skp bagi 15 tahun adalah tidak termasuk jumlah keseluruhan faedah yang dibayar kepada penjual," katanya pada perbicaraan kes Dr Ling, Rabu.

Sajjad dilantik pasukan pembelaan Dr Ling untuk menyediakan laporan berhubung kefahaman mereka terhadap pengiraan nilai tanah berdasarkan surat penilaian JPPH.

Sebelum Sajjad, seorang lagi akauntan berkanun Mok Chew Yin turut memberitahu mahkamah bahawa harga RM25 skp bagi tempoh pembayaran selama 15 tahun yang dinyatakan surat JPPH pada September dan Oktober 2000, adalah tidak termasuk faedah.

Pembelaan mengemukakan keterangan kedua-dua pakar bagi menentukan sama ada perjanjian jual beli konsisten dengan surat penilaian JPPH.

Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup, Sajjad bersetuju tempoh pembayaran balik RM25 skp dan kadar kupon seperti dinyatakan surat itu hanya terpakai jika bentuk bayaran untuk tanah membabitkan bon.

Sajjad juga bersetuju harga tunai keseluruhan untuk 1,000 ekar tanah itu ialah RM760 juta.

"Bagaimanapun, saya ingin menegaskan di sini bahawa sama ada membabitkan bon atau penerbitan nota janji hutang dalam pembelian tanah, ia masih melibatkan faedah yang perlu dibayar," katanya.

Dr Ling, 69, didakwa menipu kerjaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaan Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1.088 bilion sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar 25 skp, telah mengambil kira kadar kupon.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Bekas Menteri Pengangkutan itu didakwa melakukan semua kesalahan di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 nov 2002.

Prosiding pada Rabu, peguam utama Dr Ling, K K Wong memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Operasi KDSB Datuk Faizal Abdullah enggan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan dan peguam Faizal akan membuat permohonan rasmi untuk mengetepikan sepina terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa pegawai penyiasat Superintenden R. Rajagopal gagal menyerahkan sepina kepada Faizal.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung 19 hingga 21 Jun. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan