Koroner Lawat Lokasi Kehilangan William - Berita Mahkamah | mStar

Koroner Lawat Lokasi Kehilangan William

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Hezri (kiri) melihat lubang tali air yang dipercayai tempat William terjatuh, semasa lawatan mahkamah koroner inkues kematian William ke tempat kejadian di Seksyen 7, Putra Height, Subang Jaya pada Rabu. - fotoBERNAMA
Mohd Hezri (kiri) melihat lubang tali air yang dipercayai tempat William terjatuh, semasa lawatan mahkamah koroner inkues kematian William ke tempat kejadian di Seksyen 7, Putra Height, Subang Jaya pada Rabu. - fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Koroner Mohd Hezri Shaharil yang mendengar inkues kematian kanak-kanak William Yau Zhen Zhong pada Rabu melawat lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang Januari lepas di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau tiba di lokasi itu pada pukul 3 petang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt dan peguam Goh Kim Lian, yang mewakili keluarga mendiang William, pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya ASP Mohd Zainal Abdullah dan beberapa anggota polis.

Turut hadir bapa William, Yau Kok Kang, 32, dan ibu kanak-kanak malang berusia enam tahun itu, Goh Ying Ying, 26.

Dalam lawatan 20 minit itu, Mohd Hezri dibawa melihat kedudukan dan keadaan longkang yang ditemui pada jarak lima meter dari tempat bapa mangsa meletakkan kereta yang dipercayai tidak ditutup dengan palang besi pada malam kejadian.

Koroner itu juga dibawa melawat sebuah kedai elektrik yang disinggahi pasangan itu pada malam kehilangan William, serta satu lagi longkang kira-kira 200 meter dari kedai elektrik berkenaan.

Longkang itu difahamkan bersambung dengan Sungai Sireh.

Mayat William ditemui pada 24 Januari lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota.

Kanak-kanak itu dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Prosiding inkues akan disambung selama tiga hari mulai 22 April.

Ia bermula 11 Mac lepas selama dua hari. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan