Dakwaan Mohd Rafizi Seringkali Disasarkan Kepada Saya - Shahrizat

Diterbitkan: Selasa, 19 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan pendiriannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa dakwaan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli sentiasa disasarkan kepadanya.

Ketika disoal peguam Ranjit Singh, yang mewakili Mohd Rafizi, Ketua Wanita Umno itu beberapa kali tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa dakwaan Mohd Rafizi itu dibuat terhadap Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), suami dan keluarga beliau dan bukan terutamanya kepada beliau.

"Tidak, saya tidak bersetuju dengan cadangan peguam. Saya menegaskan bahawa sasarannya ialah saya," jawab Sharizat apabila Ranjit Singh mencadangkan bahawa kenyataan itu bukanlah disasarkan terutamanya kepada beliau.

Merujuk kepada satu daripada kenyataan Mohd Rafizi, Ranjit Singh berkata sebab anak guamnya mahu Shahrizat memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung isu NFCorp adalah berdasarkan kepada tanggungjawab beliau selaku menteri dan Ketua Wanita Umno.

Shahrizat dengan tegas berkata: "Saya akan memohon maaf jika saya ada buat salah. Tiada siapapun yang meminta presiden Parti Keadilan supaya memohon maaf kerana tindakan suaminya".

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes samannya terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Mohd Rafizi, yang difailkan pada 19 Januari tahun lepas, berhubung dakwaan kenyataan fitnah yang dibuat oleh kedua-dua mereka terhadapnya berkaitan isu NFCorp.

Beliau menuntut RM100 juta dalam ganti rugi am, teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung sebarang perkara berkaitan NFCorp atau syarikat bersekutunya.

Disoal selanjutnya mengenai penawaran projek kepada NFCorp, Shahrizat berkata beliau tiada kena mengena dengan penawaran projek itu itu.

"Tiada siapapun yang berbincang dengan saya mengenainya, perkara ini juga tidak pernah dibawa kepada mesyuarat Kabinet, dan tiada kaitan dengan portfolio saya," katanya, dan menolak dakwaan bahawa beliau terlibat dalam penawaran projek itu.

Shahrizat juga berkata ekoran daripada kenyataan Mohd Rafizi, beliau memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat beliau berhubung perkara itu.

Menjawab soalan Ranjit, bekas menteri itu berkata beliau sedar tentang pembelian sebuah kereta Mercedes-Benz berharga lebih RM500,000 pada 9 Dis 2009, menggunakan dana NFCorp.

Beliau menjelaskan terdapat empat pengarah dan mereka membeli Mercedes-Benz itu sebagai kereta syarikat dan mereka membayar pendahuluan bagi sewa beli itu.

Kepada soalan lain, Shahrizat berkata beliau mengetahui tentang pembelian tiga unit kondominum di Singapura di bawah nama keluarganya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung pada 10 dan 11 April. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan