Perbicaraan Dr Ling Ditangguhkan Berikutan Masalah Menyampaikan Sepina

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegagalan untuk menyerahkan sepina baharu kepada seorang saksi pembelaan menyebabkan perbicaraan kes penipuan membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik di mahkamah tinggi di sini ditangguhkan sehingga esok.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi mengarahkan peguam utama Dr Ling K.K. Wong supaya memastikan sepina kepada semua saksi yang akan dipanggil diserahkan pada masanya bagi memastikan perbicaraan kes itu tidak tertangguh.

Pasukan pembelaan mahu memanggil Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Faizal Abdullah tetapi beliau tidak hadir di mahkamah memandangkan beliau tidak menerima sepina.

Peguam Datuk K. Kumaraedran yang mewakili Faizal turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pembelaan tidak memohon sepina baharu terhadap anak guamnya dan sepina lama telahpun tamat tempoh, dengan Faizal menghadiri satu lagi perkara berkaitan mahkamah di Shah Alam.

Wong kemudian memberi jaminan kepada Ahmadi bahawa pembelaan akan mengatur urusan yang perlu untuk menyerahkan sepina pada masanya kepada saksi yang masih tinggal.

Dr Ling, 69, didakwa memperdayakan kerajaan dengan tidak mendedahkan kepada Kabinet kadar faedah tambahan 7.5 peratus setahun bagi RM1.088 bilion (pada kadar RM25 setiap kaki persegi) dalam pembelian tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, antara 25 September 2002 dan 6 November 2002.

Beliau turut minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan alternatif iaitu menipu yang membawa hukuman lebih ringan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan