Tiga Pembantu Perubatan Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian Pesakit

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiga pembantu perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu, Kelantan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang pesakit jiwa, tujuh tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, ketika membenarkan rayuan itu berkata Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya memerintahkan mereka membela diri.

Dua hakim yang turut bersidang ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Mohd Nazri Che Hassan, 47, Mohd Azizi Che Abdullah, 43, dan Ahmad Sabri Muhammad Nawi, 40, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang mekanik Illias Othman, 41, di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mac 2006.

Pada 2010, Mahkamah Sesyen Kota Baharu menjatuhi hukuman penjara lapan tahun ke atas mereka yang kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi yang mengurangkannya kepada tiga tahun. Dalam penghakimannya, Apandi berkata Mahkamah Sesyen gagal menggunakan ujian yang betul dalam memutuskan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie.

"Mahkamah itu juga gagal mempertimbang percanggahan keterangan tiga saksi pendakwaan. Oleh itu, adalah tidak selamat untuk mensabitkan perayu," katanya ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mangsa ditahan polis di sebuah masjid di Sering sebelum dibawa ke Balai Polis Binjai. Dia kemudian dibawa ke hospital itu sebelum dimasukkan ke wad psikiatri.

Ketika ini, mangsa yang digari menjerit dan meronta-ronta. Ketiga-tiga perayu didakwa menendang dan memijaknya sehingga mati.

Sementara itu, seorang buruh terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh rakannya pada 2005.

Apandi berkata sabitan terhadap Rozmi Yusof bagi kesalahan membunuh Rodzi Mohamad di Kampung Banggol Kerian, Pasir Puteh, Kelantan adalah tidak selamat.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana tidak menimbang keterangan mempertahankan diri Rozmi.

Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi juga gagal mempertimbang fakta bahawa mangsa membawa senjata ke lokasi kejadian dan Rozmi mengalami kecederaan.

"Anda boleh pulang," kata Apandi kepada Rozmi yang kelihatan sebak sebelum mengucapkan terima kasih kepada panel hakim itu.

Bagaimanapun, Apandi menasihati Rozmi agar tidal lagi terlibat dalam insiden serupa dan menjadikannya sebagai satu teladan.

Pada 30 Sept 2010, Mahkamah Tinggi Kota Baharu memutuskan Rozmi, 37, bersalah membunuh Rodzi, 28, juga seorang buruh pada 9 malam 31 Ogos 2005.

Fakta kes mendedahkan bahawa pada malam kejadian, satu pergelutan berlaku antara mereka dan mangsa menyerang Rozmi dengan 'kerambit'. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan