Kes Altantuya: Rayuan Dua Bekas Anggota UTK Didengar 10 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan tiga hari mulai 10 Jun untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darma Fikri Abu Adam memaklumkan pembelaan dan pendakwaan dalam kes itu bahawa Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif mengarahkan rayuan itu didengar dari 10 hingga 12 Jun.

Beliau berkata memandangkan tarikh itu jatuh dalam tempoh 'pengosongan prosiding mahkamah', satu panel khas akan bersidang untuk mendengar rayuan berkenaan.

Katanya, kedua-dua pihak juga dikehendaki memfailkan hujahan bertulis dua minggu sebelum 10 Jun.

Dalam tempoh itu, tiada prosiding mahkamah untuk mendengar rayuan namun hakim diberi masa menyiapkan alasan penghakiman atau menyampaikan penghakiman. Rayuan itu disebut di depan Darma Fikri hari ini ketika pengurusan kes bagi memuktamadkan tarikh pendengaran.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail mewakili pendakwaan manakala peguam Datuk Hazman Ahmad bagi pihak Cif Inspekstor Azilah Hadri.

Sirul Azhar, 39, dan Azilah, 34, disabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam pada 10 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu bagaimanapun dibebaskan pada 31 Okt 2008 selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan