Bekas CEO Sime Darby Gagal Ketepikan Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat menolak permohonan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Sime Darby Datuk Seri Ahamad Zubair Murshid untuk mengetepikan dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan alternatif.

Ketika membuat keputusan itu, Hakim Kamardin Hashim berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan terlalu awal untuk mengatakan bahawa pihak pendakwaan tidak akan menang kes ini kerana tidak mempunyai bukti tertentu.

Beliau juga berkata tidak terdapat bukti bahawa peguam negara bertindak secara mala fide (berniat jahat) terhadap pemohon.

"Berdasarkan sebab di atas, saya menolak permohonan pemohon," katanya.

Ahamad Zubair diwakili peguam Stanley Augustin dan peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, manakala pihak pendakwa diwakili timbalan pendawa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais.

Kamardin berkata tuduhan yang dikenakan terhadap pemohon boleh dipinda pada bila-bila masa sebelum penghakiman diumumkan.

"Bagaimanapun, terdapat satu lagi cara, iaitu pemohon boleh membuat representasi kepada peguam negara untuk menimbang semula semua tuduhan itu.

"Kuasa yang hendak dipohon supaya mengetepikan atau melepaskan dan membebaskan pemohon, sebenarnya bukan satu perkara berkaitan prosedur.

"Setelah mengambil kira kesemua enam alasan yang dibangkitkan pemohon, saya tidak cenderung untuk melaksanakaan kuasa yang ada bagi meluluskan permohonan pemohon untuk menolak dan mengetepikan tuduhan atau melepaskan dan membebaskan pemohon atau menetapkan tuduhan terhadapnya ditolak atau digantung selama-lamanya," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan