Rompak 7-Eleven: Remaja Dihukum Penjara & Sebat

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bekas tukang cuci dihukum penjara tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak berkumpulan terhadap pekerja kedai serbaneka 7-Eleven, tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Riduan Sekh Ruslan, 21, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mohd Riduan bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Nor Rashidah Radzali, 20, dengan mengambil wang tunai sebanyak RM42 dan enam kotak rokok milik 7-Eleven, di kedai serbaneka itu di No 9 GF Jalan SP 2/2 Seksyen U3, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, pada 7.30 pagi, 28 November tahun lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, tertuduh yang menangis semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman berkata dia perlu menanggung keluarga dan mempunyai ibu yang menghidap penyakit barah payudara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah.

-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan