Permohonan Semakan Ahli Parlimen Klang Ditolak - Berita Mahkamah | mStar

Permohonan Semakan Ahli Parlimen Klang Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman anggota Parlimen Klang Charles Santiago terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Santiago memfailkan permohonan itu pada 21 Feb lepas bagi mendapatkan perintah mandamus untuk mengarahkan SPR dan pengerusinya menyemak semula Daftar Pengundi Induk dan Daftar Pengundi Tambahan suku keempat 2012.

Santiago juga memohon mahkamah memerintahkan responden memberi penjelasan kepada isu yang dibangkit dalam suratnya bertarikh 21 Disember 2012.

Dalam penghakimannya, Hakim Vernon Ong berkata permohonan itu ditolak kerana Daftar Pengundi yang diperiksa, disahkan serta diwarta tidak boleh disemak semula mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958.

Beliau juga berkata tiada peruntukan undang-undang yang boleh memerintah kedua-dua responden untuk menjawab surat yang dikirim pemohon. Antara penjelasan yang dipohon ialah dakwaan Santiago bahawa terdapat pengundi hantu di satu alamat di Jalan Papan, Pandamaran, Klang.

Bagaimanapun, Ong berkata oleh kerana kes ini berkaitan kepentingan awam, mahkamah memutuskan untuk tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Sementara itu, di luar mahkamah, peguam John Fam yang mewakili Santiago berkata pihaknya menimbang akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah pada Khamis.

SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan