Penganggur Didakwa Tipu Ahli Perniagaan Berhubung Projek Bekal Air Mineral Kepada Jemaah Haji

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung projek membekalkan air mineral kepada jemaah haji, tahun lepas.

Muhammad Khairul Azmi Muhammad Johan, 25, didakwa menipu Ahmad Ridzuan Dahari, 53, bahawa dia akan membantu mendapatkan projek membekalkan air mineral iQPR yang dikeluarkan pihak TH Plantation Berhad kepada jemaah haji sehingga mendorong mangsa memasukkan wang tunai RM7,000 ke akaun bank tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di mesin ATM Maybank, Wisma Genting di sini pada 6.13 petang antara 1 Julai dan 5 Julai 2012 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan, dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan Muhammad Khairul Azmi diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 April untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sarihan Abdul Shatar manakalan tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan