Mahkamah Tolak Rayuan Utusan Ketepi Kenyataan Bela Diri Teresa Kok

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Utusan Melayu (M) Bhd pada Rabu gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keterangan bela diri Teresa Kok dalam samannya terhadap anggota parlimen Seputeh itu berhubung komen Kok mengenai makanan yang diberi kepadanya ketika ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan, yang diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu berhubung keengganan Mahkamah Tinggi membenarkan syarikat akhbar itu mengetepikan keterangan bela diri ahli politik pembangkang berkenaan.

Berikutan keputusan itu, kes berkenaan akan dibicarakan secara penuh di Mahkamah Tinggi.

Panel itu, yang juga dianggotai Hakim Datuk Anatham Kasinater dan Hakim Datuk Mah Weng Kwai, memerintah Utusan Melayu membayar kos guaman RM10,000 kepada Kok bagi prosiding, Rabu.

Dalam keputusannya, Zaharah berkata Mahkamah Tinggi bertindak betul apabila menolak permohonan Utusan Melayu untuk mengetepikan keterangan bela diri Kok.

Beliau berkata mahkamah itu perlu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi kerana ia mendapati permohonan yang difailkan Utusan Melayu untuk mengetepikan keterangan bela diri Kok tidak dibuat dengan sewajarnya.

Pada 29 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Utusan Melayu untuk mengetepikan keterangan bela diri ketua DAP Selangor itu selepas mendapati beliau mempunyai asas untuk mempertahan diri.

Pada Februari 2009, Utusan Melayu mengemukakan writ saman dan kenyataan tuntutan terhadap Kok, 49, kerana didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah tentang akhbar Utusan Malaysia terbitannya.

Dalam kenyataan tuntutan itu, Utusan Melayu berkata Kok membuat kenyataan berbaur fitnah pada 22 September 2008 apabila beliau mendakwa akhbar harian itu memutarbelit kenyataannya kepada media nasional dan dalam laman blognya tentang makanan yang disaji kepadanya ketika ditahan mengikut ISA pada 2008.

Utusan Melayu menuntut ganti rugi am, khas, teruk dan punitif serta kos dan sebarang relif yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Terdahulu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakli Utusan Melayu, berkata keterangan bela diri Kok tidak mempunyai butiran mencukupi.

Bagaimanapun, peguam Sangeet Kaur, yang mewakili Kok, berkata anak guamnya memberi butiran mencukupi dalam keterangan bela dirinya dan merupakan suatu komen yang adil. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan