Abim Fail Saman Fitnah RM10 Juta Terhadap Utusan Melayu

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada Rabu memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berhubung penyiaran artikel oleh akhbar itu pada 8 Februari lepas.

Presiden Abim, Amidi Abdul Manan sebagai plaintif memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Anwar Ismail & Associate di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Amidi menamakan Utusan Melayu dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti wartawannya Lukman Ismail sebagai defendan ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Amidi mendakwa artikel berjudul 'Pas Benarkan Tarian Lucah, ABIM Hina Isteri Rasullulah' yang diterbitkan pada 8 Februari lalu adalah berniat untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat pertubuhan itu.

Beliau mendakwa artikel itu membawa maksud bahawa Abim merupakan pertubuhan Islam yang jahat, tidak berintegriti dan pertubuhan yang tidak boleh dipercayai dan tiada kredibiliti.

Dalam writ saman itu, Amidi menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan, injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan atau menyiarkan mana-mana perkataan fitnah serta kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan