Dua Syarikat Kontraktor Didakwa Di Mahkamah Bagi Tahun Ini - CIDB

Diterbitkan: Selasa, 12 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kedah/Perlis tahun ini telah mendakwa dua syarikat kontraktor kerana tidak mempunyai lesen dan tidak membayar levi dalam tempoh ditetapkan.

Pengurus CIDB Kedah/Perlis Mashitah Mohd Mokhtar berkata kontraktor yang hendak jalankan kerja-kerja pembinaan mesti berdaftar dengan CIDB bagi memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan.

Kontraktor yang tidak mematuhi peraturan boleh dikenakan tindakan seperti lesen digantung atau ditarik balik mengikut Akta CIDB 1994 (Akta 520), katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi penguatkuasaan bersepadu antara CIDB dan agensi-agensi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan di sini, Selasa.

"Pada tahun lepas, kita (CIDB) telah membawa empat kontraktor di Kedah dan Perlis ke mahkamah atas pelbagai kesalahan termasuklah tidak berdaftar dengan kita. Mereka ialah kontraktor G5, G6, dan G7," katanya.

Mengenai operasi pada Selasa, Mashitah berkata hasil pemeriksaan terhadap 40 pekerja dari Bangladesh dan Indonesia di tapak pembinaan itu, sebanyak 20 pekerja didapati tidak mempunyai kad hijau (Kad Pendaftaran Personel Pembinaan) manakala 15 pekerja kad hijau mereka tamat tempoh.

Beliau berkata pihaknya akan mengeluarkan notis kepada majikan untuk memperbaharui kad hijau.

"Kad hijau itu sangat penting kerana ia mempunyai insurans bagi pekerja-pekerja tersebut jika berlaku apa-apa kemalangan kepada mereka," katanya.

Operasi itu membabitkan 25 anggota terdiri staf CIDB, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah, Jabatan Imigresen Kedah dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan