Tipu Bantu Dapat Anugerah Datuk Diraja, Bekas Ketua Cabang PKR Dipenjara 18 Bulan

Diterbitkan: Isnin, 11 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Mohammad Agos Mohd Noor dan seorang suri rumah masing-masing dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menipu berhubung pemberian anugerah 'Datuk Diraja', tiga tahun lepas.

Hakim Rosbiahanian Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan Mohammad Agos, 54, dan Nor Azimah Jamaludin, 33, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohammad Agis didakwa bersubahat dengan Nor Azimah untuk menipu Izuldin Hani Mohd Noor supaya menyerahkan sekeping cek Public Bank cawangan Jalan Raja Chulan di sini bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010.

Pemberian cek itu bertujuan mendapatkan anugerah itu sedangkan ia tidak sah mengikut undang-undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Leha Seafood, Taman Melati, Setapak, di sini, pada kira-kira pukul 5 petang, 8 Disember 2010.

Bagi pertuduhan pilihan kedua dan ketiga Nor Azimah didakwa menipu seorang lagi iaitu Salleh Jahaya bagi tujuan sama sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek CIMB Bank Cawangan Pelabuhan Klang masing-masing bernilai RM75,000 bertarikh 12 dan 30 November 2010.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Brass Cafe, Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang, dekat sini pada 13 hingga 30 November 2010.

Mohamamad Agos dan Nor Azimah didakwa mengikut Seskyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Terdahulu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman minimum dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan Nor Azimah tidak bekerja manakala Mohammad Agos menghidap sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan rawatan rapi dari hospital.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan kes itu serius kerana mereka telah memperdayakan ramai mangsa.

Pada 2 November 2011, Mohammad Agos dan Nor Azimah dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah sama daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun pendakwaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap keuptusan itu dan pada 26 Disember 2011 Hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan Mohammad Agos dan Nor Azimah dipanggil membela diri terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan