Pengurusan Kes Timbalan Pengerusi SPR Saman Fitnah Terhadap Mat Sabu Ditetapkan 20 Mac

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 Mac depan sebagai tarikh pengurusan kes saman fitnah yang difailkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan empat yang lain.

Peguam, Abu Bakar Isa Rahmat yang mewakili Wan Ahmad berkata, saman itu ekoran kenyataan fitnah oleh Mohammad Sabu atau Mat Sabu dalam lidah rasmi PAS, Harakah edisi 1-3 Februari 2013 yang bertajuk "Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai".

"Saman difailkan terhadap Mat Sabu dan empat defendan iaitu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda.

"Dalam tempoh 14 hari selepas writ saman dihantar kepada kesemua defendan untuk menyatakan kehadiran. Jika gagal berbuat demikian, plaintif (Wan Ahmad) boleh meneruskan saman," katanya pada sidang media di kediaman Wan Ahmad di sini, Jumaat.

Abu Bakar berkata, tuntutan berasingan terhadap kesemua defendan ialah ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan/atau teladan serta turut menuntut injunksi, faedah dan kos.

Katanya, writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Mac lalu dan saman itu difailkan oleh Wan Ahmad menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Mac lalu dan saman itu difailkan oleh Wan Ahmad menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata, tindakan memfailkan saman itu menunjukkan betapa seriusnya dalam usaha beliau untuk membersihkan nama dan menjaga reputasi serta jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

“Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan, kalau dia faham implikasi kenyataannya itu, dia tentu sedar orang yang hendak dituduh itu bukan saya. Tetapi agenda politiknya untuk tujuan tertentu tanpa usul periksa, dia tidak kira apakah tindakannya itu mengaibkan saya dan keluarga,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, pihaknya telah menghantar tuntutan kepada kesemua defendan supaya sedar dan meminta maaf tetapi apa yang dibaca di akhbar bahawa Mat Sabu tidak akan mohon maaf.

“Ini kelaziman berdasarkan pengamatan saya dalam SPR dan melihat permainan politik di negara ini, tidak pernah saya melihat sesiapa pun pemimpin parti-parti tertentu yang meminta maaf atas kesilapan,” katanya.

Wan Ahmad berkata, individu “Wan Ahmad” yang didakwa Mat Sabu itu bukan dirinya tetapi bekas pegawai SPR Sabah pada ketika itu, Wan Ahmad Wan Yusof yang kini sudah pun meninggal dunia.

“Saya sudah beritahu bahawa bekas pengerusi SPR Sabah (ketika itu pada 1994) adalah Wan Ahmad Wan Yusof. Saya Wan Ahmad Wan Omar,” katanya yang tidak pernah bertugas di Sabah sepanjang kariernya dan hanya mula berkhidmat dengan SPR sebagai setiausaha suruhanjaya itu pada 1998l.

Ditanya mengenai jumlah sama yang difailkan, Wan Ahmad berkata, ia akan ditetapkan oleh mahkamah.

Dalam satu laporan bertajuk "Wan Ahmad tak boleh dipercayai" itu, Mat Sabu dilaporkan mendesak Wan Ahmad meletak jawatannya segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai.

Dalam laporan itu, Mat Sabu antara lain mendakwa Wan Ahmad memainkan peranan bersama beberapa individu lain yang memberi kerakyatan kepada warga asing menerusi apa yang didakwanya sebagai "Projek IC" di Sabah untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Mat Sabu turut dilaporkan bahawa beliau tidak akan memohon maaf pada Wan Ahmad, sebaliknya menyerahkan peguam untuk tindakan selanjutnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan