Anak Zaid Ibrahim Hadapi Tiga Pertuduhan Berhubung Buku Irshad Manji

Diterbitkan: Khamis, 7 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ezra Zaid
Ezra Zaid

PETALING JAYA: Anak lelaki kepada bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim, Mohd Ezra Mohd Zaid didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis terhadap tiga pertuduhan berhubung buku berjudul 'Allah, Kebebasan dan Cinta' oleh Irshad Manji.

Mohd Ezra, 30, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan alternatif itu iaitu menerbit, menyebar dan memiliki buku tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Saharuddin Selamat.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Ezra sebagai pengarah dan pemegang saham utama syarikat ZI Publications didakwa menerbitkan buku itu yang mana isi kandungannya mengandungi perkara-perkara bertentangan dengan hukum syarak dari segi akidah.

Mohd Ezra juga didakwa menyebarkan buku itu kepada syarikat Silverfish Books Sdn Bhd dan juga kepada seorang lelaki bernama Faisal Mustaffa.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang membawa hukuman maksimum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan alternatif ketiga, Mohd Ezra didakwa memiliki 180 buah buku yang mana isi kandungannya bertentangan dengan hukum syarak mengikut Seksyen 16(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman maksimum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di syarikat ZI Publications di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, di sini sekitar Mei tahun lepas.

Terdahulu, pendakwaan yang diwakili Ketua Pendakwa Syarie Abdul Syukor Abdul Hamid menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan manakala peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000.

Hakim Syarie Saharuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 9 Mei untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan