Mekanik Rasuah, Pegawai PGA Dipenjara 14 Hari

Diterbitkan: Rabu, 6 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada seorang Inspektor polis tahun lepas.

Amran Abdul Aziz, 37, dari Changlun, Kedah membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.

Ooi, yang mengarahkan hukuman itu bermula hari ini, memerintahkan mekanik itu dipenjara lima bulan lagi jika gagal menjelaskan denda. Amran membayar denda itu.

Amran didakwa memberi suapan RM1,000 kepada Inspektor Arif Ismail dari Unit Pasukan Gerakan Am, Batalion 3, Bidor, Perak sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Habali Hasan yang ditahan kerana cuba menyeludup 23 ekor tenggiling ke Thailand.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Okt 2012 antara jam 10.15 pagi dan 11.30 pagi di pondok pemeriksaan C Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Mohd Habali yang menggunakan Perodua Kancil bernombor PFE 7510 milik Amran untuk menyeludup tenggiling itu telah didakwa oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Januari lepas dan didapati bersalah.

Amran yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengurangkan hukuman penjara dengan alasan menanggung seorang isteri, lima anak berumur empat hingga 13 tahun dan ibu berumur 70 tahun yang uzur selain ini merupakan kesalahan pertamanya.

Pegawai Pendakwa SPRM Kedah Shahrul Khuzaini Amiruddin menjalankan pendakwaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan