Tiga Tahanan Lolos, Cederakan Polis Dihukum Penjara 42 Bulan

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Tiga tahanan yang ditangkap semula selepas meloloskan diri pada 7 Januari lepas, masing-masing dihukum penjara berjumlah 42 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Selasa selepas mengaku bersalah mencederakan empat anggota polis dan lari dari tahanan.

Bagi tuduhan mencederakan empat anggota polis, ketiga-tiga tertuduh iaitu Mohamad Farid Akhtar, 24, Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, dan Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dihukum penjara 24 bulan dan bagi kesalahan lari dari tahanan mereka dihukum penjara 18 bulan.

Bagaimanapun Majistret, Muhammad Firdaus Abdul Wahab memerintahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 13 Januari lepas.

Beliau berkata, hukuman itu diputuskan setelah mengambil kira kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada ketiga-tiga tertuduh.

Bagi empat tuduhan pertama mereka dituduh mencederakan anggota polis Mohd Nazzuwan Md Zain, Mohd Azizan Ahmad, Muhammad Sharifuddin Ali dan T.K. Mahendran yang mengiringi mereka dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut sebelum melarikan diri di Jalan Susur Keluar Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, di sini pada 9.45 pagi, 7 Januari lepas.

Bagi setiap pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Selain itu bagi pertuduhan kelima, mereka didakwa dengan niat bersama dan sengaja telah melarikan diri daripada jagaan pasukan pengiring polis selepas ditahan atas kesalahan jenayah sebelum itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada tempat, masa dan tarikh yang sama, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Sementara itu mahkamah juga menetapkan hukuman penjara selama tujuh bulan terhadap Mohamad Khairulnizam bagi tuduhan memasukkan dadah jenis morfin ke dalam badannya pada 13 Januari lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah, Seberang Perai Utara.

Hukuman terhadap Mohamad Khairulnizam bagi kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu juga dijalankan serentak dari tarikh tangkapan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Masnuraznim Abdul Malik, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela Y. Anbanathan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan