Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Jalankan Transaksi Judi

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas pertuduhan menjalankan transaksi mesin judi tahun lepas.

Chin Kim Fatt, 51, didakwa melakukan kesalahan itu di No 104, Jalan Bukit Ubi, dekat sini pada 1.30 tengah hari, 19 September lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara tidak lebih lima tahun.

Terdahulu tertuduh merayu agar wang jaminan dikurangkan dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menanggung anggota keluarga yang ramai termasuk ibu dan ibu mertuanya.

Penolong Kanan Pendaftar Jesseca Damis yang bertindak sebagai majistret kemudian mengurangkan wang jaminan daripada RM7,000 kepada RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh dijamin oleh seorang anggota keluarganya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan