Pemandu Bas Kilang Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian Penumpang

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang pemandu bas kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas pertuduhan menyebabkan kematian dua penumpang dalam satu kemalangan jalan raya pada Disember tahun lepas.

Kamarruddin Derais, 51, dari Kampong Sempeneh Seberang, Batu Kurau, Perak, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Salwa Jaafar.

Tertuduh yang memandu bas bernombor pendaftaran WCP2596 dituduh memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian Nurul Nadhirah Sudin, 21, dan Samsiah Hasan, di Kilometer 150.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada 6.15 pagi, 21 Disember 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam dibenarkan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin manakala lesen memandunya digantung sementara.

Mahkamah menetapkan 2 April depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan