Peguam Negara Batal Pelantikan Kamal Hisham Sebagai Notari Awam Untuk Johor Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah membatalkan pelantikan Kamal Hisham Ja'afar sebagai notari awam bagi Johor Baharu, Johor.

Dalam kenyataan pada Khamis, beliau berkata pembatalan yang dibuat pada Rabu itu perlu kerana Kamal Hisham tidak berkhidmat untuk penduduk Johor Baharu, yang menjadi asas kepada pelantikan beliau pada 13 Februari, 2013.

"Ia juga demi kepentingan awam berikutan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Kamal Hisham atas pertuduhan jenayah dan dengan itu pelantikannya dibatalkan bagi mendukung kesucian institusi notari awam," katanya.

Menurut kenyataan itu, pelantikan itu dibuat oleh Abdul Gani selepas merundingi Majlis Peguam sebagaimana ditetapkan dalam subseksyen 3(3) Akta Notari Awam 1959 (Akta 115).

Katanya dalam permohonannya, Kamal Hisham menyatakan beliau bercadang menjalankan praktik notari awam di Johor dan selepas menimbangkan bahawa beberapa notari awam sudahpun menjalankan praktik di negeri itu, Abdul Gani membataskan tempat praktiknya di Johor Baharu untuk kemudahan penduduk Johor Baharu.

"Langsung tidak diketahui bahawa semasa memproses permohonan pelantikan itu, Kamal Hisham telah tidak tinggal Johor Baharu untuk tempoh yang agak lama.

"Pemeriksaan dengan jabatan polis mendedahkan Kamal Hisham telah meninggalkan negara dan mengelakkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya," kata Abdul Gani. B eliau berkata Majlis Peguam telah dirujuk serta merta mengenai perkembangan itu dan pada 25 Februari telah menarik balik sokongan yang dibuat pada 8 Januari berhubung permohonan Kamal Hisham. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan