Bekas Kerani Bank Didakwa Keluarkan Wang Milik Pelakon Lisa Surihani

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisa Surihani
Lisa Surihani

KUANTAN: Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas.

Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, 62, dari akaun bersama mereka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dan tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan