Wanita Warga Guinea Terlepas Hukuman Gantung

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita Afrika yang menimbulkan keributan apabila berbogel berdekatan Jalan Lingkaran Tengah dua tahun lalu, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskannya atas tuduhan mengedar 65 kapsul methamphetamine seberat kira-kira 548.5 gram yang ditemui dalam perutnya.

Dalam keputusannya pada Khamis, Hakim Kamardin Hashim memutuskan bahawa Sidibe Mariame, 21, dari Guinea, menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaa dengan mahkamah bersetuju dengan testimoninya bahawa tertuduh mabuk akibat dadah selepas satu daripada kapsul itu pecah.

Semasa pembelaannya, Mariame memberitahu hakim perbicaraan beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Februari, 2011 dan menginap di sebuah hotel dekat Cheras.

Dia mendakwa semasa di situ, dia bertemu seorang lelaki yang dipanggil "Michael" yang memaksanya menelan kapsul itu.

Kamardin juga bersetuju dengan hujah peguam bela tertuduh K.A.Ramu berhubung laporan perubatan yang tidak menolak kebarangkalian satu daripada kapsul itu akan pecah menyebabkan wanita itu menanggalkan pakaiannya dan menari di satu kawasan awam.

Selain Mariame, pakar psikiatri forensik Dr Rabaiah Mohd Salleh dari Hospital Bahagia juga dipanggil sebagai saksi pembelaan.

Menurut fakta kes, Mariame yang dalam keadaan berbogel dilihat melompat-lompat dan menjerit-jerit di sepanjang lebuh raya jalan lingkaran tengah sebelum orang awam memaklumkan polis.

Ibu tunggal itu kemudiannya di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di mana doktor menemui dadah itu.

Mariame dituduh mengedar dadah di hadapan sebuah restoran di Cheras Business Centre di Cheras, pada kira-kira 2 petang pada 7 Februari, 2011.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila Jesudeson. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan